Syasya Rizal angkat tema kesederhanaan dalam ‘Inikan Hari Raya’ - Utusan Malaysia

Syasya Rizal angkat tema kesederhanaan dalam ‘Inikan Hari Raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyanyi muda berbakat, Syasya Rizal, kembali memeriahkan suasana Syawal tahun ini dengan pelancaran single terbaharunya berjudul ‘Inikan Hari Raya’.

Karya yang berentak ceria ini membawa mesej mendalam tentang erti kebersamaan dan rasa syukur, sambil mengingatkan pendengar bahawa kemeriahan lebaran tidak semestinya diukur dengan kemewahan.

Menurut Syasya, lagu ini merupakan hasil nukilannya sendiri bersama komposer Amirul Azhar dan Amir Firdaus yang turut bertindak sebagai penerbit.

“Bagi saya, Hari Raya sebenarnya sangat dekat dengan rasa syukur. Kadang-kadang bila kita sudah dewasa atau punya anak, kita mula sedar bahawa Raya bukan lagi tentang kita, tetapi tentang mencipta memori untuk mereka pula. Itulah sebenarnya makna Raya yang paling indah,” katanya.

Tambah Syasya, beliau berharap agar ‘Inikan Hari Raya’ dapat mengingatkan pendengar tentang perkara-perkara kecil yang sering terlepas pandang tetapi sebenarnya sangat bermakna.

“Saya harap bila orang dengar lagu ini, mereka akan teringat kepada momen seperti bangun pagi raya, bau rendang dari dapur, atau makan bersama keluarga walaupun disambut secara sederhana. Lagu ini juga adalah satu peringatan untuk kita sentiasa berempati dengan orang lain yang mungkin tidak dapat merasai kegembiraan Raya seperti kita,” jelasnya lagi.

‘Inikan Hari Raya’ kini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama bermula 6 Mac 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN