Sufian Suhaimi bakal bergelar bapa? - Utusan Malaysia

Sufian Suhaimi bakal bergelar bapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sufian Suhaimi memberi bayangan bahawa isterinya, Rania Al Sadat kini sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sufian tampil berkongsi beberapa momen indah ketika menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Namun, dakwaan tersebut mula tercetus apabila salah satu foto mesra penyanyi itu bersama isterinya yang sedondon mengenakan baju berona biru cair memaparkan perutnya yang kelihatan sedikit membuncit.

“Alhamdulillah. Satu, dua, tiga. Selamat Hari Raya,” tulisnya ringkas.

Pun begitu, Sufian belum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengesahkan bahawa isterinya kini sedang hamil selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Meskipun kesahihannya masih menjadi teka teki, perkongsian tersebut turut dibanjiri ucapan tahniah dari kalangan pengikutnya di ruangan komen.

“Tahniah, bakal menimang cahaya mata,” komen seorang netizen.

“Tahniah Sufian, Selamat Hari Raya,” komen seorang pengguna media sosial.

“Bakal ayah!,” kata seorang pengikutnya.

Sekadar info, Sufian dan Rania telah mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN