Siti Nurhaliza titip doa, kongsi ikhtiar buat wanita 10 tahun menanti zuriat

Siti Nurhaliza titip doa, kongsi ikhtiar buat wanita 10 tahun menanti zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Baca doa Nabi Zakaria, bersedekah 10 malam terakhir dengan niat untuk cahaya mata. Istighfar banyak-banyak juga.”

Demikan kata Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi ikhtiar kepada seorang wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat sekali gus menyorot perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Threads, Siti turut menitipkan doa buat wanita berkenaan selain menasihatkannya agar tawakal kepada takdir yang telah disusun Sang Pencipta.

“Saya doakan. Jalan lupa solat taubat, tahajud dan solat hajat niat Allah SWT kurniakan zuriat yang terbaik, diwaktu yang terbaik. Percaya pada rezeki Allah SWT,” katanya.

Penyanyi Sehebat Matahari itu berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang wanita yang memaklumkan dirinya sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat selepas 10 tahun mencuba.

Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut turut meminta warganet untuk mendoakan agar dirinya dan suami dikurniakan cahaya mata.

“Sebenarnya malu tapi nak juga usaha di 10 malam terakhir ini. Mohon awak semua doakan saya dan pasangan dikurniakan zuriat pada tahun ini.

“Saya dah TTC (Trying To Conceive) selama 10 tahun, moga di antara doa kalian ada yang diangkat dan dimakbulkan,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN