Semasa saya lalui ujian itu, berat badan ibu saya turun dua kilogram - Fazura - Utusan Malaysia

Semasa saya lalui ujian itu, berat badan ibu saya turun dua kilogram – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fazura mendedahkan ibunya, Fadhillah Nasir merupakan insan yang palin terkesan ketika dirinya diuji dengan kontroversi melibatkan rumah tangga sebelum ini.

Kata Fazura, berat badan ibunya turun sehingga dua kilogram (kg) kerana susah hati melihat keadaannya ketika melalui fasa sukar tersebut.

“Semasa saya lalui ujian itu, berat badan ibu saya turun dua kilogram. Dia memang sangat terkesan, mungkin dia tengok saya dia rasa kasihan.

“Saya tidak unjuk mahupun menangis di hadapan dia. Tapi selepas itu dia bangkit semula selepas tengok saya okey,” katanya.

Fazura berkongsi perkara itu ketika menghadiri sebuah sesi temu bual di sebuah stesen radio.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu mengakui kekuatan yang dimilikinya hari ini adalah kerana nasihat dari ibu tercinta sepanjang dirinya berada di titik terendah dalam hidupnya.

“Antara nasihatnya adalah, ‘ini semua ujian..awak perlu lalui ini dengan tenang, saya selalu ada untuk awak dan awak ialah anak saya’.

“Itu antara yang selalu dia nasihat dan dia kata tak perlu baca apa-apa benda yang orang katakan. Saya memang tak baca.

“Sebelum ini ada rasa terkesan tapi di fasa sekarang, kalau orang cakap apa pun saya okay sahaja. Kekuatan itu Allah bagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN