Sekiranya ia melukakan orang lain, jangan guna perkataan takdir - Sarimah Ibrahim - Utusan Malaysia

Sekiranya ia melukakan orang lain, jangan guna perkataan takdir – Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim berpendapat perkataan takdir tidak seharusnya digunakan oleh sesetengah pihak jika berdepan dalam situasi tertentu.

Menurut Sarimah, dia berasa kurang senang apabila terdapat segelintir individu terlalu mudah menyalahkan takdir meskipun sesuatu kesalahan yang dilakukan itu dapat dielakkan.

“Satu perkara saya paling pantang orang menyalahkan ‘takdir’ sekiranya sesuatu berlaku yang awalnya boleh saja kita tidak buat,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, Sarimah turut menyifatkan individu yang sering menjadikan ‘takdir’ sebagai tiket untuk menyakiti hati orang lain seharusnya perlu menanggung akibatnya.

“Apa-apa yang kita lakukan, sekiranya ia melukakan orang lain, jangan guna perkataan ‘takdir’ kerana takdir adalah hasil dari keputusan yang kita buat.

“Takdir bukan sebelum keputusan itu dibuat oleh kita sendiri. Takdir tidak membatalkan tanggungjawab.

“Jadi kalau menyakiti hati seseorang, hasilnya jangan dipanggil ‘takdir’. Itu layak hanya dipanggil tanggung,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN