Pujian buat Layla Sania, the next Shila Amzah - Utusan Malaysia

Pujian buat Layla Sania, the next Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga memang hendak memuji penyanyi baharu, Layla Sania kali ini. Cik Bunga sudah dengar lagu rayanya yang berjudul Raya Berseri dan tak sangka juga, lagu itu tiba-tiba jadi siulan ramai.

Apa yang Cik Bunga paling suka? Lagu Raya Berseri tidak kedengaran merepek atau terlalu over sampai hilang roh Aidilfitri. Walaupun ada sentuhan kontemporari dan susunan muzik yang segar, aura harmoni dan kemeriahan hari raya itu masih pekat terasa. Pendek kata, moden tapi tetap santun. Itu yang susah hendak dapat sebenarnya!

Ramai juga yang memuji kebijaksanaan Layla memilih konsep. Dia tidak terlalu bereksperimen sampai lari daripada identiti. Malah, vokalnya yang bersih dan lembut itu jadi ‘senjata’ utama menambat hati pendengar.

Yang buat Cik Bunga lagi kagum, Layla bukan saja menawan hati peminat Melayu. Dia juga kerap membawakan lagu dalam bahasa Cina, dan jangan terkejut, peminatnya dalam kalangan masyarakat Cina pun ramai tau!

Jarang-jarang kita nampak penyanyi muda yang berani dan fasih menyanyi lagu Mandarin dengan sebutan yang kemas. Usaha dia jelas membuka ruang lebih luas dalam industri.

Sebab itulah ada yang mula berbisik, Layla ini macam the next Shila Amzah. Bukan calang-calang perbandingan itu!

Kita tahu bagaimana Shila berjaya menembusi pasaran antarabangsa, terutama di China. Kalau ikut momentum sekarang, tidak mustahil Layla pun boleh cipta gelombang yang sama satu hari nanti. Bagus dan tahniah Layla Sania.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN