Pernah bertatu, itu bukan untuk dibanggakan atau diulang - Adam Corrie - Utusan Malaysia

Pernah bertatu, itu bukan untuk dibanggakan atau diulang – Adam Corrie

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon,  Adam Corrie, berkongsi mengakui pernah terlibat dengan seni tatu sebelum kembali kepada ajaran Islam dan menemui ketenangan dalam kehidupan beragama.

Menurut Adam, minat terhadap tatu bermula bukan kerana tekanan hidup atau pengaruh negatif, sebaliknya didorong oleh minat peribadi.

“Pada awalnya hanya tatu kecil. Nampak cantik dan menarik. Namun lama-kelamaan, saya mula menambah lagi sehingga timbul keinginan untuk memenuhi seluruh badan,” katanya di Threads.

Bagaimanapun, perjalanan hidupnya berubah apabila hatinya mula tersentuh tanpa sebab yang jelas.

Kata Corrie, dia mengambil keputusan untuk berhenti, bukan kerana paksaan mana-mana pihak, tetapi atas kesedaran dalaman.

“Ketika itu, hati saya sendiri rasa cukup. Saya berhenti tanpa dipaksa sesiapa,” jelasnya.

Beberapa tahun kemudian, Corrie menemukan semula fitrah dirinya dan mendalami Islam dengan lebih serius.

Dari situ, katanya, dia mula memahami bahawa perkara yang dahulu dianggap indah sebenarnya bukan jalan yang diredai Allah.

“Itu bukan untuk dibanggakan dan bukan untuk diulang. Apa yang penting sekarang adalah menjaga akidah, memperbaiki diri dan menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari.

“Apabila Allah panggil, tiada siapa boleh menghalang. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, seorang pempengaruh, Iman Kamil, mencetuskan perdebatan warganet apabila  berkongsi kisah kehidupannya yang pernah tersasar akibat tidak kuat menghadapi ujian, sehingga mendorong dirinya mencacah tatu sebagai cara melepaskan tekanan.

Pengakuan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya, namun ramai turut melihatnya sebagai satu bentuk kejujuran dan usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN