Kalau nak marah pekerja tarik ke tepi, tegur secara tertutup - Adriana Adnan - Utusan Malaysia

Kalau nak marah pekerja tarik ke tepi, tegur secara tertutup – Adriana Adnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Adriana Adnan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan sesetengah majikan yang gemar memarahi pekerjanya secara terbuka di hadapan pelanggan.

Menurut Adriana, tindakan tersebut bukan sahaja menjatuhkan maruah pekerja, malah boleh menimbulkan persepsi yang kurang baik dari kalangan pelanggan terhadap perniagaan itu sendiri.

“Kalau nak marah staf atau pekerja, tarik ketepi. Tegur secara tertutup. Faham, marah dan kecewa tapi tengok keadaan sekeliling.

“Jangan maki hamun pekerja depan pelanggan yang tak perlu tahu pun apa masalah kalian. Pelanggan nak beli pun rasa serba salah dan segan terpaksa tengok situasi tersebut,” katanya.

Tambah Adriana, dia juga memahami cabaran dalam mengawal emosi serta melayan kerenah perkeja ketika bulan Ramadan, namun para majikan harus memupukan sikap sabar dalam diri demi mewujudkan suasana harmoni.

“Saya faham mencari rezeki dalam bulan puasa, cuaca panas, pekerja yang menguji kesabaran memang tak mudah. Tapi, kalau kita boleh sabar, Insya-Allah, Dia akan permudahkan.

“Nak marah sangat atau nak tegur tunggu bila customer dah beransur okay? Pekerja tak malu, pelanggan pun tak segan.

“Lainlah kalau pekerja itu buat hal terhadap pelanggan atau sebaliknya. Itu boleh tegur secara bersemuka, jadi boleh terus minta maaf sesama mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN