Isa Khan, Risteena Munim sudah berpisah? - Utusan Malaysia

Isa Khan, Risteena Munim sudah berpisah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai enggan lagi berselindung, pelakon, Isa Khan memberi bayangan rumah tangganya bersama aktres, Risteena Munim kini sudah berakhir.

Meskipun belum mengesahkan dakwaan tersebut, Isa atau Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan telah memuat naik sebuah foto yang berlatar belakang berwarna hitam dengan tulisan 2019-2026 seolah memberitahu bahawa hubungan itu sudah menemui titik noktah.

“Bukan tentang siapa yang kita kenal paling lama, yang datang pertama atau yang paling ada. Tapi tentang siapa yang datang dan tidak akan pergi.

“Senyuman terukir atas dasar bahagia disangka kekal selamanya, namun ternyata hanya tempat persinggahan sementara,” tulisnya di kapsyen.

Susulan itu, rata-rata netizen mula mendakwa bahawa pasangan tersebut sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing di ruangan komen

Lebih menguatkan lagi dakwaan, mereka juga sudah saling tidak mengikuti antara satu sama lain di media sosial.

Sebelum ini, timbul beberapa dakwaan bahawa pasangan itu sudah bercerai, namun dinafikan oleh Risteena dalam sebuah kenyataan.

Untuk rekod, Isa dan Risteena bertunang di Bali pada November 2019 dan mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN