Esther Yu bakal gegar Zepp Kuala Lumpur April ini - Utusan Malaysia

Esther Yu bakal gegar Zepp Kuala Lumpur April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminat drama China di Malaysia bakal berpeluang bertemu secara langsung dengan pelakon popular, Esther Yu menerusi penampilan khasnya dalam acara iQIYI Starship 2026 yang akan berlangsung di pada pukul 7.30 malam di Zepp Kuala Lumpur pada 7 April ini.

Platform penstriman Asia, iQIYI International mengumumkan Malaysia sebagai persinggahan pertama jelajah iQIYI Starship 2026, sekali gus menandakan usaha berterusan syarikat itu memperkukuh kehadirannya dalam pasaran tempatan.

Acara tersebut bakal menampilkan Esther Yu, Duta Global Antarabangsa iQIYI, yang akan bertemu peminat tempatan buat kali pertama.

Pemilihan Malaysia sebagai lokasi pertama jelajah tahun ini dibuat susulan sambutan memberangsangkan terhadap pelbagai aktiviti iQIYI Starship di rantau Asia Tenggara tahun lalu.

Esther Yu yang dilantik sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI pada November tahun lalu dikenali menerusi beberapa karya popular termasuk Love Between Fairy and Devil (2022), My Journey to You (2023) dan Sword and Fairy (2024) yang boleh ditonton di iQIYI International.

Dalam acara tersebut, dia dijangka berkongsi pengalaman di sebalik tabir serta pandangan mengenai wataknya dalam drama asal iQIYI, Speed and Love selain menyampaikan penghargaan terhadap sokongan penonton Malaysia terhadap siri berkenaan.

Speed and Love merupakan drama-C terbitan iQIYI yang mengetengahkan dunia perlumbaan kompetitif dengan elemen pertumbuhan diri, pencarian identiti dan konflik emosi.

Sejak dilancarkan, drama tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat di Asia Tenggara dan muncul antara judul drama-C yang paling banyak diperkatakan di rantau ini.

Penyertaan ke acara iQIYI Starship 2026 Malaysia akan diberikan keutamaan kepada ahli VIP Tahunan Antarabangsa iQIYI Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai mekanisme penyertaan serta perkembangan terkini acara itu akan diumumkan menerusi platform media sosial rasmi iQIYI Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN