Babak mengandung dalam MV Bincang Raya, Amira Othman nafi sedang beri ‘hint’ hamil - Utusan Malaysia

Babak mengandung dalam MV Bincang Raya, Amira Othman nafi sedang beri ‘hint’ hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menafikan dakwaan kononnya babak memaparkan dirinya sedang hamil dalam video muzik (MV) lagu Bincang Raya merupakan petunjuk bahawa dia kini berbadan dua.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, berkata, babak tersebut sekadar elemen jalan cerita yang dirancang bagi memberi kejutan kepada penonton dalam MV lagu berkenaan.

Menurutnya, adegan berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau bayangan bahawa dia sedang hamil.

“Babak itu tak ada kena mengena (dengan hamil). Saya pun tanya suami kenapa buat macam itu.

“Kami cuma nak buat sedikit plot twist. Tak ada bagi hint apa-apa pun.

“Daripada awal lagi saya kahwin memang orang cakap nampak ‘baby bump’. Kalau memang benar, kami akan kongsikan berita itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran MV Bincang Raya di Hotel Crowne Plaza, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amira berkata, sekiranya terdapat berita gembira mengenai kehamilannya, dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin tidak akan teragak-agak untuk berkongsi perkara tersebut dengan peminat.

“Insya-Allah kalau ada perkara baik, pada waktu yang sesuai kita akan kongsikan.

“Setiap kali nak kongsi apa-apa, sudah tentu kami fikirkan tentang keluarga dan nasihat orang-orang alim ulama.

“Lagipun bukan kita nak sembunyikan apa-apa, cuma bergantung kepada keadaan,” ujarnya.

Video muzik Bincang Raya mula ditayangkan secara rasmi pada jam 7 malam hari ini menerusi saluran YouTube.

Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN