Asfan Shah dedah alami ‘anxiety’ - Utusan Malaysia

Asfan Shah dedah alami ‘anxiety’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Asfan Shah mendedahkan dirinya mengalami masalah gangguan kesihatan mental iaitu keresahan atau ‘anxiety’ yang teruk.

Kata Asfan atau Nurasfan Shah Shah Rudin, 42, fikirannya sering dihimpit pelbagai persoalan sehingga menyebabkan kepalanya sakit setiap kali berdepan dengan episod gangguan mental tersebut.

“Aku seorang yang mengalami keresahan (anxiety) yang teruk. Kadang-kadang dalam kepala terasa seperti ada banyak lampu kereta, semuanya seolah-olah bergerak laju dan berserabut.

“Kepala jadi sakit. Banyak persoalan, terlalu banyak berfikir,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Alasan Untuk Bahagia itu berharap agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan kondisi individu yang mengalami masalah yang sama sepertinya.

“Orang yang tidak melaluinya memang mudah untuk berkata-kata. Cuba alami sendiri, kemudian barulah datang dan ceritakan bagaimana rasanya. Jangan main-main,” tegasnya.

Syukur dikelilingi sahabat yang baik, Asfan bagaimanapun menganggap isterinya merupakan insan paling istimewa yang sentiasa menerima kekurangannya setiap kali berdepan dengan gangguan mental tersebut.

“Alhamdulillah, Allah SWT hadirkan sahabat-sahabat yang baik untuk aku. Terima kasih semua. Yang paling penting, isteriku, apa jua keadaan aku, dia tetap kuat dan setia di sisi. Saya sayang awak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN