Anak perempuan Norlia Ghani meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak perempuan Norlia Ghani meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon veteran, Norlia Ghani, Norlina Ramli dikhabarkan telah meninggal dunia pada usia 57 tahun di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini, pagi tadi.

Reda dengan kehilangan anak tersayang, Allahyarham Norlina difahamkan meninggal dunia akibat kanser usus.

“Saya reda kehilangan anak, Norlina Ramli yang kembali ke Rahmatullah pada jam 8.05 pagi ini akibat sakit kanser usus yang sudah lama dihidapinya.

“Arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan mudah dan tenang. Kami semua ahli keluarga pun sudah bersedia sejak awal kerana doktor memaklumkan segala kemungkinan.

“Norlina pun sudah dirawat di hospital sejak beberapa bulan lalu. Penyakit kanser ususnya juga dilaporkan sudah merebak dalam badan.

“Jadi, doktor pun sudah tidak boleh melakukan apa-apa rawatan lagi. Maka, pemergian arwah bukan satu kejutan. Saya memang sudah bersedia dan reda sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memohon agar mendoakan kesejahteraan roh arwah anak perempuannya itu agar dicucuri rahmat Yang Esa.

Difahamkan, Norlina meninggalkan seorang cahaya mata lelaki. Jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate di sini, selepas solat Zohor.

Terdahulu, pelakon tersebut berkongsi khabar sedih mengenai kematian anaknya menerusi hantaran ringkas yang dimuat naik di Facebook (FB).

Perkongsian tersebut turut dihujani ucapan takziah dan doa agar Norlia sekeluarga tabah menghadapi ujian kehilangan insan tersayang pada Syawal keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN