Akaun palsu guna nama Iman Troye cetus kekeliruan, dakwa hamil - Utusan Malaysia

Akaun palsu guna nama Iman Troye cetus kekeliruan, dakwa hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah akaun palsu di platform Threads yang menggunakan nama serta gambar penyanyi, Iman Troye, mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Lebih membimbangkan, pemilik akaun berkenaan turut memuat naik hantaran mendakwa dirinya sedang hamil selain berkongsi gambar imbasan ultrasound bayi.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menulis bahawa dia telah menjalani pemeriksaan doktor dan disahkan mengandung.

“Sudah dapat keputusan. Doktor scan memang ada isi (bayi). Siapa doakan anak saya sihat, semoga rezeki lancar,” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang reaksi pelbagai pihak apabila segelintir pengguna media sosial menyangka akaun berkenaan benar-benar milik penyanyi lagu Teman itu.

Tidak berdiam diri, Iman tampil memberi amaran tegas kepada pemilik akaun terbabit supaya memadam akaun berkenaan dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Salam pemilik akaun, kalau tak padam akaun ini dalam masa 24 jam, saya akan buat laporan polis. Terima kasih,” katanya menerusi satu hantaran.

Susulan amaran tersebut, akaun palsu berkenaan didapati telah dinyahaktifkan tidak lama kemudian, manakala hantaran yang mengandungi dakwaan kehamilan itu turut dipadam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN