Sheila Majid terima menantu, Kayda Aziz kini sah bergelar isteri. - Utusan Malaysia

Sheila Majid terima menantu, Kayda Aziz kini sah bergelar isteri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Kayda Aziz dikhabarkan telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Syafiq.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu dipercayai berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Momen bahagia itu turut dikongsi oleh pengacara dan penyanyi, Hunny Madu yang turut meraikan hari bahagia anak kepada terkenal, Datuk Sheila Majid itu.

Lebih menarik perhatian, penyanyi asal Indonesia iaitu Afgan turut menghadiri majlis tersebut.

Menerusi foto tersebut Afgan dilihat merakamkan kenangan bersama pengantin dan Sheila.

Sebelum ini, penyanyi lagu Sinaran itu turut memuat naik video anaknya diraikan dalam majlis khatam al-Quran sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Pada Jun tahun lalu, Sheila memuat naik gambar majlis bertunangan anaknya bersama Syafiq.

Sekadar info, Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama komposer Roslan Aziz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN