Rosyam Nor akui berang, nafi isu ‘intern’ gimik pemasaran

Rosyam Nor akui berang, nafi isu ‘intern’ gimik pemasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Rosyam Nor, mengakui berasa marah terhadap tindakan seorang pelatih industri yang didakwa menggunakan gambarnya tanpa kebenaran bagi tujuan promosi perniagaan alat bengkel, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menurut Rosyam, insiden berkenaan membuatkan dirinya berasa tidak puas hati sebelum mengambil keputusan untuk bertemu dengan pihak syarikat terlibat.

“Tunggu 14 Februari ini saya akan ‘serang’ mereka. Mereka akan menghadap saya nanti.

“Sebenarnya mereka menjalankan perniagaan membaiki motosikal. Apabila ada motosikal rosak, mereka baiki dan gunakan gambar saya tanpa izin. Itu yang membuatkan saya marah,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Rosyam berkata demikian ketika hadir pada majlis memperkenalkan duta Acgas yang berlangsung di Roofino Skydining, di sini.

Bagaimanapun, pelakon berusia 59 tahun itu menafikan dakwaan bahawa isu tular tersebut merupakan strategi pemasaran yang dirancang olehnya.

Sebaliknya, dia bersyukur apabila perkara berkenaan akhirnya membuka peluang rezeki apabila dilantik sebagai rakan kongsi syarikat terbabit.

“Mereka yang buat pemasaran itu, tetapi saya bernasib baik kerana diberi rezeki untuk menjadi rakan kongsi. Bila saya ‘hentak’, sekarang saya sudah menjadi partner mereka.

“Namun, apa yang tular itu memang betul saya marah,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman suara di aplikasi TikTok yang mendedahkan Rosyam didakwa berkelakuan kasar terhadap seorang pelatih industri.

Situasi itu mencetuskan kekecohan apabila pelakon berkenaan didakwa menengking dan memarahi pelatih terbabit, sehingga menimbulkan dakwaan bahawa tindakan tersebut menyebabkan tekanan melampau terhadap individu berkenaan hingga mengalami kebimbangan melampau (anxiety).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN