Kita semua tahu, tidak semua kisah selebriti terhias dengan pelangi indah. Ada yang tersenyum di hadapan kamera, tetapi hakikatnya menyimpan seribu satu luka di balik tabir kehidupan.
Begitulah kisah seorang pelakon wanita popular tanah air ini. Siapa sangka di sebalik senyuman manis, tersimpan satu kisah yang cukup berat untuk ditanggung sendirian.
Khabarnya, pelakon ini sebenarnya telah lama berusaha menyembunyikan hakikat bahawa bekas suaminya bukanlah seorang lelaki bertanggungjawab seperti digambarkan kepada umum. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang ramai merupakan satu amanah besar yang kini digalas sepenuhnya olehnya sebagai ibu tunggal.
Lebih memilukan, khabarnya bekas suami pelakon tersebut telah diisytiharkan muflis. Sejak itu, tanggungjawab nafkah dan perbelanjaan anak-anak seakan jatuh sepenuhnya ke atas bahunya. Daripada yuran persekolahan, keperluan harian sehinggalah kos perubatan, semuanya diuruskan sendiri tanpa banyak rungutan.
Namun yang mengagumkan, pelakon ini tidak pernah sekalipun membuka aib bekas suaminya kepada umum. Jika ditanya pihak media tentang hubungan mereka atau soal tanggungjawab bekas suami terhadap anak-anak, dia tetap tenang menjawab. Malah, dia sering mengiyakan bahawa bekas suaminya seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab.
Sikap profesional dan matang itu nyata mengundang rasa hormat ramai. Walaupun realitinya mungkin berbeza, dia memilih untuk menjaga maruah bekas suami demi kebaikan anak-anak. Baginya, apa yang berlaku antara mereka sebagai suami isteri tidak wajar dipanjangkan sehingga menjejaskan hubungan anak-anak dengan bapa mereka.
Hakikatnya, Cik Bunga tahu,menjadi ibu tunggal bukanlah satu perjalanan mudah, apatah lagi dengan anak ramai. Namun pelakon ini membuktikan bahawa wanita mampu berdiri teguh walaupun tanpa sokongan pasangan di sisi.
Semoga terus kuat wahai wanita hebat. Dunia mungkin tidak tahu seluruh cerita, tetapi Tuhan pasti melihat setiap pengorbanan.










