Malam FYP Timur gegar Zepp Kuala Lumpur April ini - Utusan Malaysia

Malam FYP Timur gegar Zepp Kuala Lumpur April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fenomena muzik dari Timur Indonesia bakal menghangatkan pentas ibu kota menerusi Malam FYP Timur, konsert julung kali yang akan berlangsung pada 24 April 2026, jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Gaga Entertainment, acara ini menampilkan tiga nama besar dari Indonesia iaitu Silet Open Up, Faris Adam dan Ecko Show yang masing-masing terkenal dengan karya tular di media sosial serta carta penstriman digital.

Silet Open Up mencatat lebih 475 juta penstriman Spotify dan 350 juta tontonan YouTube menerusi lagu hit Tabola Bale. Faris Adam pula mencuri perhatian dengan lagu Stecu Stecu yang meraih lebih 150 juta penstriman Spotify dan 184 juta tontonan YouTube. Sementara itu, Ecko Show sebagai ikon hip hop Indonesia dikenali dengan lirik dan penceritaan dekat dengan jiwa anak muda, dengan lebih 250 juta penstriman Spotify dan 600 juta tontonan YouTube.

Menurut penganjur, Malam FYP Timur bukan sekadar konsert, tetapi sebuah perayaan budaya yang menggabungkan tenaga muda dan hubungan serantau melalui muzik.

“Kami mahu membawa muzik Timur Indonesia yang kini menjadi fenomena digital terus ke pentas Malaysia,” katanya.

Konsert ini menawarkan kategori tiket bermula daripada RM188 hingga RM238, manakala VIP Box untuk 10 orang berharga RM5,000. Tiket boleh didapati melalui platform rasmi Ticket2U.

Malam FYP Timur turut mendapat sokongan rakan rasmi termasuk ERA.FM sebagai rakan radio, Astro Gempak sebagai rakan digital, Royale Chulan Kuala Lumpur sebagai rakan hotel, serta Events Medical Support & Services sebagai rakan medic.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti saluran rasmi @gaga.entertainment atau @malamfyptimur di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN