Maaf kalau yang sedang cuba hamil terguris - Uyaina Arshad

Maaf kalau yang sedang cuba hamil terguris – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memohon maaf secara terbuka kepada golongan wanita yang sedang cuba untuk hamil susulan perkongsiannya mengenai ‘Pejuang Garis Satu dan Dua’, semalam.

Menurut Uyaina, dia tiada niat mahu mengguris ataupun memperlekehkan mana-mana pihak yang sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata.

“Penulisan saya dan perkongsian tentang Pejuang Garis 1 semalam tiba-tiba jadi perdebatan pula. Siap suruh saya hapuskan.

“Lebih lucu, saya bukan daripada golongan yang sedang cuba mendapatkan zuriat (TTC). Maaflah kalau mereka yang sedang TTC terguris dengan perkongsian saya,” katanya di Threads.

Tegas Uyaina, perkongsiannya sebelum ini hanya ingin menyatakan tentang kewujudan golongan wanita yang berjuang untuk mendapatkan ‘garis satu’ atau tidak hamil dalam jarak yang rapat.

“Saya tidak membandingkan. Apatah lagi memperkecilkan. Malah saya selalu doakan orang yang sedang cuba hamil dapat dikurniakan zuriat.

“Saya cuma nyatakan Pejuang Garis Satu ini wujud. Bukan untuk membanding-bandingkan perjuangan siapa lebih susah sebab masing-masing ada perjuangan tersendiri,” jelasnya.

Dalam masa sama, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu turut menegaskan bahawa setiap wanita yang berusaha untuk hamil ataupun tidak mempunyai hak dan usaha tersendiri.

“Setiap daripada kita ada ‘struggle’ masing-masing. Garis Dua dengan usaha untuk dapatkan anak. Garis Satu dengan usaha untuk merancang. Dua-dua tak mudah.

“Orang itu tulis,Kalau dah rancang masih dapat anak, itu hak Allah. Pada saya, sama juga. Yang tengah TTC, dah cuba macam-macam tapi belum dapat anak, itu juga hak Allah.

“Tak perlu bandingkan. Sekali lagi, masing-masing ada usaha masing-masing. Jaga kata-kata kita dan doakan yang baik-baik saja,” tulisnya.

Sebelum ini, Uyaina menerusi sebuah hantaran di Threads menyatakan bahawa wujudnya golongan wanita yang berusaha untuk tidak kembali hamil melalui tekanan yang sama seperti mereka yang berjuang untuk mendapatkan ‘garis dua’.

Kata Uyaina, golongan wanita seperti itu wujud bukan kerana tidak bersyukur tetapi mereka mempunyai alasan tersendiri yang perlu diutamakan lebih-lebih lagi ia melibatkan faktor kesihatan, kewangan serta komitmen yang perlu digalas.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon itu turut berkongsi perjalanannya melalui prosedure memasukkan Alat Dalam Rahim (IUD) sebagai langkah awal untuk mencegah kehamilan dalam jangka masa yang rapat selepas melahirkan anak ketiganya pada Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN