Hati-hati Fazura, bimbang mereka ‘scammer’ - Utusan Malaysia

Hati-hati Fazura, bimbang mereka ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Fazura meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat bersedekah kepada sebuah keluarga yang mendakwa mereka berasal dari Palestin.

Menurut Fazura, dia terpaksa melupakan niat baiknya untuk membantu keluarga tersebut kerana tidak membawa wang tunai bersama ketika keluar bersiar-siar.

“Disapa oleh keluarga yang berasap dari Palestine dan mereka tiada tempat bermalam. Saya pula tukar beg tangan. Saya bawa kad kredit sahaja tapi terlupa masukkan wang tunai sekali.

“Memang saya akan selalu sediakan sedikit wang tunai dalam beg tangan sebab jarang guna kod pengimbas (QR) ini semua. Kecewanya ya Allah! Kita pula sayangkan mereka,” katanya di Threads.

Kagum dengan niat baik aktres jelita itu, bagaimanapun rata-rata warganet menasihati agar Fazura berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan golongan tersebut kerana bimbang sekiranya mereka adalah ‘scammer’.

“Mereka penipu Fazura! Percayalah pada saya. Ada yang suka tunggang nama Palestin,” komen seorang netizen.

“Hi Fazura, kalau dia susah, macam mana boleh sampai Malaysia. Kosnya juga akan tinggi untuk mereka. Jangan terpedaya. Jangan terpedaga dengan penipian sedemikian,” tegur netizen.

“Niat kamu sudah baik dan Allah sudah catatkan sebagai pahala untuk kamu. Tapi mungkin Allah juga mahu lindungi kamu dari sindiket penipuan,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN