‘Eh Ah! Raya’ ubat rindu Aidilfitri Farahdhiya - Utusan Malaysia

‘Eh Ah! Raya’ ubat rindu Aidilfitri Farahdhiya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyanyi dan pelakon versatil, Farahdhiya kembali menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini dengan pelancaran single raya terbaharu berjudul ‘Eh Ah! Raya’. Lagu berentak rancak itu menjanjikan kemeriahan suasana lebaran bersama keluarga dan insan tersayang.

Menampilkan gabungan elemen tradisional dan moden, karya ini mengangkat bunyi-bunyian klasik seperti rebana yang disulami dengan sentuhan pop kontemporari.

Menurut Farahdhiya, ‘Eh Ah! Raya’ lahir daripada rasa rindu terhadap kemeriahan Aidilfitri yang penuh warna-warni dan gelak tawa.

“Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu raya sendiri yang benar-benar mencerminkan personaliti saya iaitu ceria, sedikit ‘playful’ dan penuh semangat kekeluargaan.”

“Lagu ini adalah gambaran suasana ketika semua orang sibuk membuat persiapan, anak-anak berlari riang dan keluarga berkumpul tanpa mengira usia,” katanya.

Tambah Farahdhiya, beliau berharap agar lagu ini dapat menjadi runut bunyi wajib setiap kali menjelang Syawal dan memberi inspirasi kepada pendengar untuk pulang ke kampung halaman.

“Raya bukan sekadar tentang pakaian atau kuih-muih, tetapi tentang kebersamaan dan kemaafan. Itu yang saya cuba sampaikan melalui lagu ini,” jelasnya lagi.

‘Eh Ah! Raya’ merupakan hasil kolaborasi kreatif antara Farahdhiya bersama komposer Pown Hasril, di mana liriknya ditulis sepenuhnya oleh penyanyi itu sendiri.

Single edaran Seventeen Eleven Muzik ini boleh mula distrim di semua platform digital pada 25 Februari 2026, manakala muzik video rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN