Didie Alias sahabat satu dalam sejuta - Utusan Malaysia

Didie Alias sahabat satu dalam sejuta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Didie Alias menuai pujian ramai selepas melihat kegigihannya membantu rakan baiknya, Amyza Aznan yang baru sahaja kehilangan anak tersayang, Andre Mikhail, semalam.

Sehingga ke hari ini, Didie seolah tidak berenggang walau sesaat mendampingi pelakon itu yang dilihat lemah dari proses pengurusan jenazah dilakukan hingga ke upacara pengebumian.

Tindakan pelakon itu secara tidak langsung menimbulkan rasa kagum dalam kalangan warganet yang rata-ratanya menyifatkannya sebagai sahabat satu dalam sejuta.

“Percayalah, kawan seperti ini satu dalam sejuta. Semoga Didie Alias Allah permudahkan setiap urusan dan dilimpahi rezeki.

“Buat Amyza moga tabah dalam situasi sekarang atas pemergian anak sulungnya dibulan mulia ini,” kongsi seorang netizen.

Menyedari perkongsian tersebut, anak kepada Didie iaitu, Nur Dhaniyah mengakui salah satu perkara yang membuatkannya serta adik beradik lain menghormati ibunya kerana sikapnya yang suka membantu.

Katanya, Didie akan tetap menjadi antara yang terawal untuk menghulurkan bantuan terhadap kenalan rapatnya biarpun individu tersebut tidak mempunyai sebarang pertalian darah dalam hidupnya.

“Salaj satu perkara yang kami anak-anak hormat dekat mamy ini, sesiapa pun yang sakit tak kisah kenalan rapat ke, saudara ke, bukan saudara ke mana yang dia boleh sampai memang dia akan datang.

“Senasa arwah ayah (Ridzuan Hashim) meninggal pun mamy yang uruskan awal sehingga akhir. Kami anak-anak sudah tiada hala tuju ketika itu.

“Dia lah yang menguruskan jenazah ayah padahal bekas suami. Tak boleh lupa jasa mamy bahagian ini. Semoga ada juga bahagian untuk mamy bila tiba masanya nanti,” ujarnya.

Pada Isnin, anak kepada pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar 10.30 malam.

Pemergian Allahyarham Andre berpunca daripada kanser paru-paru yang dialaminya sejak Februari 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN