Dakwaan sudah berkahwin Disember lalu, Hael Husaini enggan komen

Dakwaan sudah kahwin dengan Dayang Nurfaizah Disember lalu, Hael Husaini enggan komen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hael Husaini memilih untuk tidak mengulas dakwaan kononnya dia telah bernikah dengan rakan seindustri, Dayang Nurfaizah, pada Disember lalu.

Menurut Hael, kehadirannya ke pertunjukan fesyen Amber Eid’s Times For Love adalah semata-mata atas urusan kerja dan tidak berkaitan dengan sebarang isu peribadi yang diperkatakan.

Penyanyi lagu Jampi itu turut memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut apabila diajukan soalan berkaitan kehidupan peribadinya.

“Hari ini saya sudah berjanji dengan Datuk Nana selaku Ketua Pegawai Eksekutif Amber untuk hanya fokus bercakap mengenai Amber sahaja. Sekali lagi saya mohon maaf,” katanya ringkas.

Sebelum ini, timbul spekulasi dalam kalangan peminat bahawa Hael dan Dayang didakwa telah melangsungkan pernikahan secara tertutup pada Disember lalu.

Pasangan penyanyi itu juga pernah dikaitkan dengan khabar pertunangan pada awal tahun lalu, namun Hael sebelum ini menafikan dakwaan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN