Betulkah Aliff Aziz sudah sedia tamatkan zaman duda? - Utusan Malaysia

Betulkah Aliff Aziz sudah sedia tamatkan zaman duda?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga pun pada mulanya cuma anggap angin lalu, tapi bila cerita yang sama berulang kali singgah ke telinga, terasa juga mahu dikongsi. Menurut bisikan-bisikan halus yang berlegar dalam kalangan orang industri, penyanyi dan pelakon yang tak pernah sunyi daripada perhatian, Aliff Aziz, dikhabarkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman duda.

Apa yang lebih mencuri perhatian, dengarnya, wanita yang dikaitkan dengan Aliff ini bukan berasal dari Malaysia, sebaliknya orang Singapura. Namun, seperti biasa, Cik Bunga perlu tegaskan, setakat ini tuan badan masih belum berkata apa-apa.

Tiada kenyataan rasmi, tiada petunjuk jelas, hanya spekulasi yang berlegar dari mulut ke mulut. Aliff pula dilihat lebih selesa mendiamkan diri dan fokus pada kerjaya, seolah-olah membiarkan masa menentukan segalanya.

Maklumlah, perjalanan hidup Aliff bukan calang-calang. Kisah peribadinya sering menjadi sorotan, ada masanya dipuji, ada masanya dikecam. Sebab itu setiap perkembangan baru, walau sekadar khabar angin, pasti mengundang rasa ingin tahu ramai pihak.

Apa pun, jika benar Aliff sudah menemui kebahagiaan baru, ramai yang mendoakan yang terbaik. Dan jika sebaliknya, anggap sahaja ini sekadar cerita di angin lalu.

Sambil itu, Cik Bunga juga ingin memberi kredit yang sewajarnya. Di sebalik segala kontroversi, bakat Aliff Aziz sebagai anak seni tidak boleh dinafikan.

Suaranya yang merdu, lakonan yang semakin matang serta kesungguhannya untuk terus bangkit dalam industri hiburan membuktikan dia tidak pernah lari daripada tanggungjawab sebagai seorang penghibur.

Tidak semua mampu bertahan dan terus melangkah ke hadapan selepas diuji, dan di situ terletaknya kekuatan Aliff. Kita tunggu saja. Kalau betul ada berita gembira, tentu tak lama lagi akan terlerai juga teka-teki ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN