TS Dr Fitri Haris dan Eja Shahril satukan Seni, Fesyen dan Islamik Raya di United Kingdom - Utusan Malaysia

TS Dr Fitri Haris dan Eja Shahril satukan Seni, Fesyen dan Islamik Raya di United Kingdom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pereka fesyen tersohor Malaysia, Eja Shahril, berganding bahu bersama tokoh terkemuka, TS Dr Fitri Haris, dalam memperkenalkan warisan tekstil dan fesyen Islamik tempatan ke pentas antarabangsa menerusi sebuah acara eksklusif gabungan Fashion Show dan Mini Showcase di United Kingdom.

Acara berprestij itu menampilkan Batik Sintok (SCIMPA UUM) serta koleksi khas Islamik Raya, sekali gus memperlihatkan keindahan seni warisan Malaysia yang diolah dalam reka bentuk moden dan sesuai untuk pasaran global.

Dianjurkan oleh Niyatenson Empire Sdn Bhd, acara ini mendapat sokongan penuh TS Dr Fitri Haris dan keluarga, selain penglibatan aktif komuniti Malaysia serta penduduk tempatan di United Kingdom. Pendekatan pameran ini memberi pengalaman yang lebih dekat dan bermakna kepada tetamu jemputan.

Eja Shahril, yang dikenali dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, menampilkan koleksi Batik Sintok berteraskan motif warisan dalam siluet kontemporari. Setiap rekaan mengekalkan nilai estetika budaya sambil disesuaikan dengan cita rasa fesyen antarabangsa.

Sementara itu, TS Dr Fitri Haris mengetengahkan elemen fesyen Islamik menerusi mini showcase busana raya yang menekankan konsep kesopanan, keanggunan dan nilai estetika Islamik. Gabungan kepakaran kedua-dua tokoh ini menjadikan setiap helaian bukan sekadar busana, malah membawa naratif budaya dan identiti Malaysia.

Menurut Eja Shahril, penganjuran acara ini melangkaui konsep pertunjukan fesyen semata-mata.

“Kami ingin membuktikan bahawa warisan dan identiti Malaysia mampu menonjol di pentas dunia. Batik Sintok bukan sekadar kain, tetapi sebuah cerita yang membawa seni dan jiwa budaya kita,” katanya.

Acara ini turut dihadiri tetamu VIP, tokoh industri kreatif, wakil media antarabangsa serta pemerhati fesyen, sekali gus mengukuhkan hubungan budaya antara Malaysia dan United Kingdom serta menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memartabatkan fesyen Islamik dan tekstil tempatan di peringkat global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN