PETALING JAYA: Pasangan pelakon, Redza Rosli dan Bella Hanna mengumumkan mereka telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 13 Januari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, pasangan itu turut menamakan cahaya mata sulung mereka dengan nama, Muhammad Aydrean Raess.
“Dari doa yang tidak terhitung kepada tangisan kecil, Alhamdulillah, anugerah terbesar kami kini di dalam dakapan kami.
“Muhammad Aydrean Raess. 13 Januari 2026. Kasih sayang yang kami tidak tahu akan kewujudannya sehingga Allah hadirkan kamu dalam dakapan kami.
“Setiap doa ditujukan buat kamu, setiap penantian adalah berbaloi. Kami sayang kamu sangat,” katanya.
Pada November lalu, pasangan tersebut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki dalam sebuah majlis ‘Gender Reveal’ yang diadakan secara tertutup.
Redza dan Bella telah mendirikan rumah pada 21 Jun 2024.










