Neelofa, Haris Ismail kongsi cara didik anak - Utusan Malaysia

Neelofa, Haris Ismail kongsi cara didik anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ajar perlahan-lahan kepada mereka bahawa segala yang ada ini adalah milik Allah supaya bila besar nanti mereka senang faham.”

Demikian kata selebriti terkenal, Neelofa ketika berkongsi cara dia bersama suaminya, Haris Ismail mendidik kedua-dua cahaya mata mereka, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Menurut Neelofa, dia dan suaminya juga tidak terkecuali seperti ibu bapa lain yang berdepan dengan cabaran dalam mendidik anak-anak apatah lagi di zaman penggunaan teknologi tanpa sempadan ini.

“Kita pun tidak terkecuali, kita bagi juga mereka tengok televisyen dan menggunakan gajet. Tapi, saya dan Haris memang kawal penggunaan mereka dengan mengajar mereka meminta izin terlebih dahulu.

“Sehingga kina mereka masih melakukannya. Kedua, kami tetapkan had limit masa dan sentiasa ingatkan mereka dengan cara kiraan masa. Dengan cara itu mereka tahu ada kiraan detik itu.

“Mereka juga tidak akan mengamuk kerana mereka sudah tahu ada had masa untuk bermain gajet,” katanya ketika ke udara bersama Nana Mahazan dan Faizal Ismail di Zayan FM.

Tambah bekas pengacara MeleTop itu, dia sering mengajar anaknya untuk memahami bahawa segala yang dimiliki adalah milik Sang Pencipta.

“Seperti Bilal, dia baru mula nak faham. Saya selalu ingatkan dia bahawa segala yang ada adalah milik Allah. Saya selalu cakap bahawa langit, matahari dan bulan itu Allah yang punya.

“Sebab kadang-kadang dia minta langit gelap pada siang hari, mahukan matahari dan bulan jadi saya fahamkan dia tentang itu,” jelasnya.

Dalam masa sama, Haris turut meluahkan rasa kagum dengan hasil didikan isteri tercinta yang sering mendisiplinkan anak-anak mereka untuk mengamalkan zikir di pagi hari.

“Yang bagusnya, setiap pagi Neelofa dan anak-anak amalkan zikir pagi. Macam saya tidak lakukan sangat.

“Mereka sudah ingat zikir tersebut dari buku ke buku dengan turutan nombornya sekali. Kalau salah nombor itu mereka akan betulkan. Itulah Neelofa yang banyak amalkan amalan zikir pagi.

“Itu juga cara nak mengingat mereka t

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN