Nak buat fitnah pun agak-agaklah - Kamal Adli - Utusan Malaysia

Nak buat fitnah pun agak-agaklah – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa menyebarkan video tular di aplikasi TikTok sehingga menimbulkan salah faham dan mencemarkan reputasinya.

Menerusi satu kenyataan, Kamal menegaskan bahawa video yang memaparkan dirinya seolah-olah terlibat dalam pertengkaran bersama bekas isterinya, Uqasha Senrose, ketika bermain futsal sebenarnya merupakan sebahagian daripada babak lakonan bagi sebuah program terbitan Astro berjudul The House sebelum ini.

Menurutnya, penyebaran klip tersebut secara potongan klip tanpa konteks jelas telah mengundang pelbagai spekulasi dan tohmahan tidak berasas daripada orang ramai.

“Di Tiktok ada orang muat naik video saya dan Uqasha bergaduh pasal main futsal.

“Nak buat fitnah pun agak-agaklah. Sah-sahlah itu penggambaran untuk Astro program ‘the house’.

“Muat naiklah video itu sampai habis.Berilah masa dan ruang untuk orang tenang,” katanya.

Lebih mengecewakan, Kamal turut mempersoalkan tindakan pemilik akaun TikTok terbabit yang menggunakan namanya sebagai nama akaun, sekali gus mengelirukan pengikut.

Dalam pada itu, luahan Kamal itu juga mendapat respons ramai di Threads.

“Cara orang nak fyp, nak popular tapi gunakan kisah orang lain. Sunting sana sini sampai jadi fitnah.

“Kamal tak perlu cakap maaf, memang orang bodoh pun buat kerja begitu,”tulis seorang peminat.

“Saya pun dah agak benda itu berlakon. Tv show mestilah kena ada drama. Rakyat malaysia ini dah 2026 pun masih tertipu dengan drama,”tulis seorang lagi pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN