Mengenai nafkah tertunggak, itu antara saya dan Abby Abadi - Norman Hakim - Utusan Malaysia

Mengenai nafkah tertunggak, itu antara saya dan Abby Abadi – Norman Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim memohon agar tiada pihak yang campur tangan dalam urusannya menyelesaikan isu nafkah tertunggak ke atas bekas isteri yang juga pelakon, Abby Abadi.

Tegas Norman, permintaan tersebut juga merupakan amaran terakhirnya buat orang ramai selain enggan topik itu terus menjadi perbincangan hangat di media sosial.

“Mengenai isu nafkah tertunggak ini aku bagi amaran pertama dan terakhir. Jangan cuba masuk campur. Itu antara aku dan mantan isteri, Abby Abadi.

“Setiap urusan keluar masuk transaksi wang ringgit dengan Abby ini juga hasil dividen yang aku bersengkang mata dan bertungkus lumus bekerja siang malam.Bukan duit aku boleh sesuka hati cetak. Tidak perlulah aku jelaskan tujuan setiap pembayaran untuk pengetahuan umum.

“Dari tahun 1999 aku bayar cukai pendapatan, dari tahun ada anak, setiap tahun aku dapat pelepasan cukai RM1,000 untuk setiap anak,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran sama, pelakon drama Maria Mariana The Series itu juga memaparkan tangkap layar dirinya melakukan transaksi yang berjumlah RM11,111 terhadap Abby, pada 2 Disember lalu.

Bagaimanapun, Norman mengakui khilafnya menggunakan istilah ‘mas kahwin tertunggak’ sebagai rujukan penerima ketika melakukan transaksi tersebut kepada penyanyi kumpulan Elite itu sehingga mengundang salah faham orang ramai.

Norman berkata, perkataan tersebut digunakan hanya sekadar untuk memudahkan proses rekod dan dokumentasi kewangan bersama perunding cukai.

“Tiada mas kahwin di Malaysia ini mencecah lima angka. Paling tingga pun tiga angka sahaja. Mungkin khilaf aku letak tajuk untuk tujuan rekod dan dokumentasi supaya perunding cukai senang buat kerja,” jelasnya.

Dalam masa sama, Norman enggan mengulas panjang mengenai tindakan Abby yang kerap berkongsi perkara berkaitan nafkah di media sosial selain menghormati hak bekas isterinya sebagai pengguna media sosial.

“Mengenai bekas isteri aku suka muat naik di media sosial pun, itu hak dia yang orang lain tidak boleh kawal,” tegasnya.

Sebelum ini, Abby meluahkan rasa syukur apabila urusan pembayaran nafkah tertunggak berjaya diselesaikan secara baik bersama bekas suaminya, Norman setelah dua dekad mengharunginya dengan penuh sabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN