PETALING JAYA: Gara-gara bengkak susu, perkongsian penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat di media sosial baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang terhadap warganet.
Menerusi hantaran di Threads, Ayda meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan wanita yang bakal menjaganya ketika pantang atau ‘Confinement Lady (CL)’ untuk merawat masalah yang dihadapinya.
Ayda turut berseloroh bahawa dirinya bimbang sekiranya meminta pertolongan suaminya, Nabil Mahir untuk melegakan kesakitan bengkak susu tersebut.
“Tengah bengkak susu. Sakit hanya Tuhan yang tahu. Nak balik cepat biar CL urut. Kalau suami urut lama sangat jadi lain pula,” katanya.
Kurang senang dengan gurauan tersebut, rata-rata netizen menyifatkan kenyataan Ayda itu sebagai tidak menjaga aib dan sengaja melakukan lawak lucah.
“Ayda Jebat memang tak ada niat nak padam semula hantaran dia kah?” kata seorang netizen.
“Beritahu Ayda Jebat kalau bengkak susu tak payah suruh suami urut ,diri sendiri pun boleh sahaja redakan susu yang tersumbat itu,” kata seorang lagi netizen
Menyedari perkara itu, Ayda telah pun memadam semula perkongsian tersebut di Threads.
Pada 25 Januari lalu, Ayda mengumumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang bernama Anggun Mikayla.
Untuk info, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan memiliki dua orang lagi cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen










