Ezzanie Jasny, ibu bapa terlibat kemalangan

Ezzanie Jasny, ibu bapa terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ezzanie Jasny memaklumkan dia dan kedua ibu bapanya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya, semalam.

Menurut Ezzanie, dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala namun, bersyukur kondisi kedua ibu bapanya kini dalam keadaan baik dan selamat.

“Saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapa saya semalam.

“Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat. Saya pula masih belum pulih sepenuhnya dan sedang berusaha untuk sembuh.

“Saya juga mengalami kecederaan di kepala dan masih belum pasti keadaan sebenar,” katanya di Instagram Story.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu turut berkongsi gambar dirinya terbaring di atas katil sebuah hospital.

Ezzanie turut memaklumkan dirinya masih menunggu maklum balas doktor berhubung kecederaan dialaminya selain memohon doa orang ramai.

“Saya akan menunggu maklum balas daripada doktor pagi ini. Mohon doakan kami, terima kasih,” tambahnya.

Bagaimanapun, Ezzanie tidak memaklumkan secara terperinci mengenai punca kemalangan yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN