Cara saya tulis pun memang sangat mengundang - Mia Sara

Cara saya tulis pun memang sangat mengundang – Mia Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mia Sara mengakui khilaf atas keterlanjurannya memuat naik kenyataan yang menjadi punca tercetusnya kontroversi bersama Puteri Balqis, baru-baru ini.

Menerusi sesi audio siar Kita Kita Aje, Mia Sara enggan menyalahkan Puteri Balqis atau Aqish kerana mengungkit kisah lama sehingga memberi impak negatif terhadapnya.

“Saya tidak salahkan dia pun, sebab saya baca balik cara saya tulis pun memang ia sangat ‘mengundang’. Saya tidak tahu apa yang saya cakap itu kedengaran seperti saya menghina bagaimana dia dibesarkan.

“Perkara itu jadi sangat besar sehingga saya tidak tahu mahu buat apa,” katanya menerusi sesi audio siar yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Tambah Mia Sara, insiden itu mebuatkan dirinya benar-benar panik, namun dinasihatkan oleh bapanya untuk tidak mengeluarkan sebarang respons meskipun terdetik mahu membuat permohonan maaf kepada Balqis secara terbuka.

“Ketika isu itu meletus saya jadi panik. Saya cakap dengan bapa saya boleh tak saya mahu membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Bapa cakap jangan tulis pasal isu itu, tak payah cakap apa-apa, saya tahu niat sebenar saya. Jika orang putar belit kata-kata saya atau apakah, saya tak perlu mempertahankan diri sendiri.

“Orang akan guna kesempatan itu untuk putar belit lagi kenyataan saya dan cuma akan memperbesarkan hal terbabit. Jadi, saya kunci mulut, diam,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Sekali Lagi itu mengakui segan apabila Puteri Balqis menghubunginya untuk membuat permohonan maaf keesokan harinya meskipun dia yang perlu berbuat demikian terlebih dahulu.

“Keesokan harinya, Puteri Balqis minta maaf kepada saya. Dia buat video permohonan maaf. Dan itu membuatkan saya berasa lebih bersalah kerana saya yang tersalah, saya cakap salah, di mana saya tidak berniat apa-apa langsung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN