Bertabahlah Kamal Adli - Utusan Malaysia

Bertabahlah Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam dunia hiburan, perubahan fasa hidup bukan perkara asing. Contohnya macam apa yang dilalui pelakon ini di mana Kamal Adli menjadi bualan hangat setelah kini bergelar duda selepas perpisahan dengan Uqasha Senrose.

Apa pun yang berlaku, Cik Bunga melihat Kamal sebagai seorang pelakon yang masih mendapat sokongan kuat peminat dan tidak akan mudah dilupakan.

Cik Bunga amat pasti, Kamal tidak akan pernah dipandang sepi.

Bukan kerana popularitinya semata-mata, tetapi kerana budi bahasanya yang lembut, tutur katanya yang sopan, dan sifatnya yang berhati baik sudah lama terpahat di hati peminat.

Di sebalik kamera, ramai yang tahu Kamal bukan sekadar pelakon yang rajin bekerja, malah seorang insan yang disenangi rakan industri dan peminat kerana sikap merendah diri.

Bagi Cik Bunga, perpisahan, walau sekuat mana pun hati seseorang, bukanlah perkara yang mudah. Cik Bunga tahu, sedih dan kecewa tidak boleh dibuang begitu sahaja, ia hadir sebagai sebahagian daripada proses memulihkan diri.

Namun, dalam setiap titik duka, ada ruang untuk manusia bangkit, belajar, dan melangkah dengan lebih matang.

Jika perpisahan itu telah berlaku, biarlah ia menjadi teladan buat kedua-dua pihak sementelah kita juga tahu bahawa cinta bukan hanya tentang kebahagiaan, tetapi juga tentang keberanian untuk mengakui bila sesuatu tidak lagi seiring.

Dan untuk Kamal, Cik Bunga berharap, kini adalah masa untuk fokus ke hadapan, pada kerjaya, keluarga, dan dirinya sendiri.

Cik Bunga yakin, dengan sokongan peminat yang tidak pernah surut, Kamal masih punya bahu untuk bersandar dan ruang untuk tersenyum kembali.

Kerana insan berhati baik, walau diuji seberat mana pun, akhirnya akan menemukan semula sinar. Cik Bunga doakan Kamal terus tabah dan kuat dalam mendepani hari-hari di masa hadapan ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN