Asal artis saja selalu kena teguran terbuka - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Asal artis saja selalu kena teguran terbuka – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fasha Sandha kesal dengan tindakan seorang pempengaruh islamik, Tareq Fit yang gemar menegur selebriti secara terbuka di media sosial.

Menurut Fasha, tindakan sedemikian juga bagai sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan sesetengah agamawan apatah lagi apabila menyentuh isu halal dan haram.

“Siapa kita untuk nak kata halal atau haram? Maaf, ini ustaz ke? Saya dari hari itu mahu menulis apabila dia mengata tentang Que Haidar lapar perhatian, macam sotong.

“Saya macam nak kata, tahu tak Que Haidar itu mencari rezeki untuk keluarga dia dan disebabkan video itu juga, asbab untuk dia bangkit selepas lama berehat dari industri,” katanya di Instagram.

Fasha berkata demikian selepas menyedari tindakan pempengaruh itu yang turut lantang mengulas tentang hukum Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza, Sabtu lalu.

“Hari ini keluar pula dia cakap bab idola saya (Datuk Seri Siti Nurhaliza tentang halal haram pergi tempat bermaksiat. Konsert itu juga adalah konsert untuk amal kebajikan.

“Konsert juga dihadiri ramai selebriti, VIP, ahli-ahli agama dan ramai kerabat dan Yang Berhormat Permaisuri. Perlu ke nak tulis begini? Maaf saya memang tidak hebat dalam bab agama, saya kerdil dan banyak kelemahan.

“Tapi dalam Islam boleh ke buat teguran secara terbuka begini? Bukankah ini mengaibkan? Maaf, kalau orang lain tegur ustaz bagaimana? Ustaz ini sempurna sangat ke?,” soal Fasha.

Tambah Fasha, dirinya berasa seolah tidak adil apabila segelintir agamawan sewenang-wenangnya menjatuhkan air muka para selebriti secara terbuka biarpun sekadar memberi teguran.

“Ustaz boleh ke Direct Messages (DM) kalau mahu tegur? Tak boleh terimalah asal artis saja selalu kena dapat teguran secara terbuka begini. Para ustaz ini sempurna sangat ke?

“Kalau betul-betul ingin menegur, boleh DM. Maaf ustaz saya harap lepas ini kalau nak tegur selebriti DM saja. Daripada memalukan kami.

“Ya, kami tak sempurna, banyak kelemahan, tapi hanya Allah yang boleh menghakimi bukan ustaz,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN