Akim & The Majistret tampil berani, jujur menerusi single ‘Juliet’ - Utusan Malaysia

Akim & The Majistret tampil berani, jujur menerusi single ‘Juliet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock alternatif popular tanah air, Akim & The Majistret (ATM) kembali mencuri perhatian peminat muzik dengan pelancaran single terbaharu berjudul ‘Juliet’ yang sarat emosi, keberanian serta kejujuran perasaan selari dengan identiti muzik matang yang terus mereka tonjolkan.

‘Juliet’ merupakan hasil ciptaan sepenuhnya anggota kumpulan itu sendiri manakala liriknya ditulis oleh Bunga Cantik yang menampilkan susunan kata puitis dan dekat dengan realiti kehidupan.

‘Juliet’ mengetengahkan naratif cinta yang tidak bersandarkan kesempurnaan, sebaliknya diraikan melalui keberanian untuk jujur serta setia kepada perasaan sendiri tanpa kepura-puraan.

Vokalis utama ATM, Akim Ahmad berkata, lagu tersebut membawa makna yang lebih mendalam berbanding kisah cinta biasa yang sering dipersembahkan dalam industri muzik.

“Bagi saya, Juliet adalah mengenai keberanian untuk mencintai dengan jujur walaupun dunia di sekeliling kita sering memaksa kita berpura-pura,” katanya.

Menurut Akim, lagu itu juga sangat dekat dengan realiti hubungan manusia yang menuntut keikhlasan serta kekuatan untuk mempertahankan perasaan walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Tambahnya, proses rakaman Juliet turut memberikan pengalaman berbeza buat beliau dan seluruh anggota kumpulan tersebut.

“Kami mahu setiap lagu yang dikeluarkan ada jiwa dan Juliet lahir daripada perbincangan panjang dalam studio mengenai apa yang kami rasa sebagai manusia, bukan hanya sebagai pemuzik,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar pendengar dapat merasai emosi dan kejujuran yang disampaikan sebaik sahaja lagu itu didengari.

Single terbaharu ini hadir selepas beberapa karya terdahulu Akim & The Majistret mencatat pencapaian membanggakan di platform digital termasuk lagu Potret yang merekodkan 33 juta tontonan di YouTube dan kekal menjadi antara permintaan wajib peminat dalam setiap persembahan langsung mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN