Ajak melakukan perbuatan tidak senonoh, itu komen paling kurang ajar - Zara Zya

Ajak melakukan perbuatan tidak senonoh, itu komen paling kurang ajar – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kasihan pada diri kamu. Keluarga kamu.” Demikian respons pelakon, Zara Zya yang tidak teragak-agak mendedahkan identiti seorang lelaki yang meninggalkan komen nakal di media sosial miliknya, pagi ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin kesal apabila maruahnya ibarat dipijak selepas membaca komen daripada lelaki terbabit yang mengajaknya untuk melakukan perkara yang tidak sopan.

“Jom romen dulu,” komen lelaki terbabit.

Enggan berdiam diri, pelakon drama Sumpah Ibuku itu mengakui dirinya sebelum ini enggan membaca setiap komen yang diterima demi menjaga kesihatan mental.

“Kadang penat mahu baca komen sebab saya ingin menjaga kesihatan mental saya. Banyak komen yang saya dapat.Yang positif, mampu buat saya tersenyum. Dan adakala saya terpanggil untuk membalas, supaya si pemberi komen juga gembira bila mendapat balasan dari saya.

“Tapi, dalam pada itu, macam-macam kejian, gurauan kasar, ada mengutuk wajah saya, mengutuk status bujang saya, mengutuk kesihatan saya dan macam-macam lagi,” katanya.

Tambah Zara, komen tersebut juga bersifat keterlaluan apatah lagi individu tersebut berani meninggalkan respons sedemikian secara terbuka di salah sebuah perkongsian miliknya.

“Kata-kata ini antara paling kurang ajar setakat pagi ini saya baca. Secara terbuka kamu komen begini,” tegasnya.

Susulan itu, Zara turut memaparkan tangkap layar pemilik akaun media sosial yang meninggalkan komen melampau berkenaan demi memberi pengajaran kepada umum.

Tindakan pelakon itu secara tidak langsung meraih pelbagai respons dari kalangan pengikutnya di ruangan komen yang rata-ratanya menasihatkan Zara untuk membuat laporan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN