YDP, Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini - Utusan Malaysia

YDP, Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dilempar dengan fitnah tidak berasas sejak beberapa bulan lalu, seorang tokoh akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam,Selangor dan timbalannya nekad memfailkan saman sebanyak terhadap pelakon Rita Rudaini selepas RM1 juta notis tuntutan tidak dipatuhi.

Mohd Roslan Mohd Nor slaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman itu terhadap defendan, Rita ataua nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu.

Menurut Adnan, kedua-dua plaintif memfailkan writ saman terhadap Rita selepas didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah yang dimuat naik melalui Instagram, WhatsApp dan platform lain.

“Antara label fitnah yang dipersoalkan termasuk dakwaan plaintif-plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak professional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta tuduhan salah urus wang ibu bapa.

“Kenyataan tersebut turut mengakibatkan penerbitan artikel sebuah akhbar tempatan yang memetik dakwaan mengenai kepincangan MUAFAKAT MRSM yang diterajui plaintif-plaintif,” katanya dalam satu siding media pada Ahad.

Menurut Adnan, kedua-dua plaintif turut mendakwa defendan bertindak secara semberono dan dikatakan mempunyai niat jahat kerana memuat naik kenyataan tanpa semakan serta mempunyai kesan reputasi yang besar memandangkan jumlah pengikut defendan yang ramai.

“Justeru plaintif menuntut perintah injunksi, memadam kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk, pengajaran, faedah 5% setahun dan kos tindakan.

“Kes ini dibawa ke peringkat mahkamah selepas defendan gagal memadam semua pernyataan berbaur fitnah, aku janji tidak menerbitkan pernyataan fitnah, permohonan maaf dan ganti rugi am sebanyak RM1 juta yang diminta plaintif dalam satu notis tuntutan bertarikh 15 Oktober lalu.

Untuk rekod, kedua-dua plaintif yang mempunyai anak yang sedang mengikuti pengajian di sekolah terbabit merupakan tokoh Pendidikan dan akademik.

Plaintif pertama merupakan pensyarah kanan Universiti Malaya dan ahli beberapa Majlis Agama Islam Negeri manakala plaintif kedua berkhidmat sebagai pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru cawangan Ipoh, Perak, Munsyi Dewan Bahasa dan Panel Pembangunan Sijil Kemahiran Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN