Ramai mahu kerja di Rembayung, Khairul Aming terima lebih 3,000 resume - Utusan Malaysia

Ramai mahu kerja di Rembayung, Khairul Aming terima lebih 3,000 resume

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengumuman pembukaan restoran pertama pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, nyata mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial apabila orang ramai tidak melepaskan peluang mencuba nasib untuk bekerja di premis berkenaan.

Restoran yang diberi nama Rembayung dan terletak di Kampung Baru itu menarik perhatian warga maya sehingga Khairul Aming mendedahkan menerima lebih 3,000 permohonan kerja sejak semalam.

Menerusi hantaran di Threads, dia yang lebih mesra disapa KA berkata, jumlah permohonan yang masuk tanpa henti itu benar-benar menyentuh hatinya.

“Lebih 3,000 resume masuk tanpa henti dari semalam untuk Rembayung. Terharu tengok ramai yang nak minta kerja,” katanya.

Namun begitu, Khairul Aming memohon maaf kepada semua pemohon kerana tiada lagi kekosongan ditawarkan pada masa ini.

“Saya mohon maaf sebab kita memang dah tak ada kekosongan buat masa sekarang. Semalam ada lima kekosongan tapi semua sudah disenarai pendek,” jelasnya.

Terdahulu, pengumuman mengenai pembukaan Rembayung yang dijangka mula beroperasi Januari tahun depan mengejutkan para pengikutnya.

Dalam satu perkongsian di Instagram, beliau mendedahkan projek tersebut merupakan antara pelaburan terbesar sepanjang bergelar usahawan dengan kos mencecah RM4 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN