Malaysia Host Wanted dedah realiti sebenar dunia pengacaraan tv - Utusan Malaysia

Malaysia Host Wanted dedah realiti sebenar dunia pengacaraan tv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dunia pengacaraan televisyen sering dilihat glamor, mudah dan penuh populariti.

Hakikatnya, menjadi seorang hos bukan sekadar tahu bercakap di hadapan kamera kerana ia juga menuntut disiplin tinggi, kebijaksanaan berfikir pantas, kecerdasan emosi, kawalan pentas serta keupayaan memandu naratif sesebuah rancangan secara profesional.

Realiti itu yang dibongkar menerusi Malaysian Host Wanted, sebuah program realiti terbaharu
hasil kolaborasi Thinker Studios dan Astro Ria yang berperanan sebagai medan latihan sebenar
buat generasi baharu hos tanah air.

Rancangan ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya sebuah ‘bootcamp’ industri yang mencabar peserta secara menyeluruh, mental, kreativiti dan keupayaan menguasai skrin.

Sepanjang 8 episod, peserta akan diuji bermula daripada peringkat idea hingga ke pentas produksi
sebenar.

Mereka bukan sahaja bersaing dari segi personaliti dan komunikasi, malah dikehendaki
membentangkan idea rancangan televisyen ciptaan sendiri.

Ia menjadi langkah awal untuk menilai
sama ada peserta benar-benar memahami apa yang menjadikan sebuah rancangan itu menarik,
relevan dan berdaya tahan dalam industri sebenar.

Peserta akan menerima kritikan membina, tunjuk ajar dan nasihat secara langsung daripada
profesional industri.

Melalui proses ini, mereka dilatih untuk mengasah idea, memperkukuh konsep dan menyampaikan visi dengan jelas, meyakinkan serta berkredibiliti ciri utama seorang hos dan penerbit profesional.

Daripada keseluruhan peserta, enam yang terbaik akan mara ke peringkat paling seterusnya:
menghasilkan dan menerbitkan rancangan impian mereka sendiri. Di sinilah bakat sebenar terserlah.

Peserta perlu menghoskan rancangan mereka, mengawal tempo, aliran segmen dan emosi
penonton, selain mempamerkan gaya hosting yang konsisten dengan konsep ciptaan mereka.

Peringkat ini menjadi penentuan sama ada seseorang peserta benar-benar mampu “own the show”, bukan sahaja sebagai pencetus idea, tetapi sebagai hos yang memimpin keseluruhan pengalaman
tontonan.

Antara peserta yang bakal mencuri tumpuan termasuk Fimie Don, Fazziq Muqriz, Nina Amin,
Munaa Bella, Ceddy Ang, Daniel Cheang serta beberapa lagi bakat baharu dengan latar belakang
dan personaliti berbeza.

Lebih daripada sekadar gelaran juara, pemenang Malaysia Host Wanted bakal membawa pulang
hadiah wang tunai RM30,000, selain peluang membuka laluan kerjaya sebenar sebagai hos di Astromenjadikan rancangan ini platform realistik untuk melahirkan hos berkualiti tinggi yang bersedia menghadapi industri sebenar.

Malaysia Host Wanted mula bersiaran 18 Disember ini, setiap Khamis, jam 11:30 malam di Astro
Ria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN