Guzzbuzz Productions terus mencuri perhatian sebagai antara pemain kreatif baharu dalam industri muzik dan produksi digital.
Ditubuhkan oleh Bobb Ghazali, syarikat ini menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi rakaman, mixing, mastering, penghasilan muzik, video muzik serta kandungan digital untuk media sosial.
Bobb Ghazali yang merupakan jurutera rakaman, pengadun dan penerbit berpengalaman telah bekerjasama dengan pelbagai artis dari Malaysia, Singapura dan Brunei.
Selain penerbitan muzik, Guzzbuzz turut menjadi platform pengembangan bakat untuk beberapa artis di bawah naungan mereka. Antara artis yang bernaung ialah Izy Harun, Akid Aly, Ize, Qaseh serta Erul Dva, yang masing-masing membawa genre dan identiti muzik tersendiri.
Di samping itu, antara aset penting syarikat ini ialah The Guzzbuzz Project, sebuah projek muzik kolaboratif yang menggabungkan vokalis lelaki dan wanita dengan gaya Pop Rock Alternatif. Projek ini aktif menghasilkan single serta muzik video, dan menjadi platform bagi Bobb menonjolkan susunan muzik yang lebih eksperimental, emosional dan moden.
Dengan portfolio yang semakin berkembang dan minat media yang meningkat, Guzzbuzz Productions terus meletakkan dirinya sebagai salah satu pusat produksi bebas yang berpengaruh di rantau ini. Melalui visi kreatif yang jelas, syarikat ini dijangka terus melahirkan lebih banyak karya berkualiti serta bakat baharu yang mampu mewarnai industri muzik.










