“Buang Garam Di Laut” tampilkan identiti pop melayu Luvia - Utusan Malaysia

“Buang Garam Di Laut” tampilkan identiti pop melayu Luvia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kumpulan pop Melayu moden, Luvia, terus mengekalkan identiti romantis dan emosional mereka dengan pelancaran single terbaharu berjudul ‘Buang Garam Di Laut.’

Lagu ciptaan dan terbitan Hendy Irvan ini mengangkat kisah cinta bertepuk sebelah tangan, dan digambarkan melalui sebuah lirik yang ringkas tetapi puitis.

“Mencintaimu, aku seperti, buang garam di laut…” Analogi ini menjadi tunjang emosi lagu tersebut di mana mengetengahkan perasaan mencintai dengan sepenuh jiwa, namun tidak memberi sebarang makna.

Menariknya, susunan muzik yang dihasilkan bersama Rahman Hakim dan anggota Luvia sendiri turut menampilkan harmoni pop Melayu yang khas: gabungan rentak perlahan tetapi menghanyutkan, dengan vokal latar Syeliah menambah rasa perit dan kehilangan.

Menurut Luvia, karya ini membawa mesej tentang menyedari perjuangan cinta yang sia-sia, lalu belajar memaafkan dan melangkah pergi.

Antara keunikan Buang Garam Di Laut iaitu menjadi sebahagian daripada naratif trilogi muzik Luvia, selepas Lelah dan Kalah serta Orang Yang Salah, yang bersama-sama membentuk perjalanan cinta penuh luka, harapan, dan penyesalan.

Single ini dilancarkan di semua platform digital pada 3 September 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan Luvia sebagai antara kumpulan yang aktif memperkaya landskap pop Melayu moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN