KUALA LUMPUR : Pelakon, Adam Lee, meluahkan rasa kesal apabila wujud segelintir pihak yang menuduhnya mengambil barang terlarang disebabkan penampilannya yang berbeza.
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, menjelaskan tindakannya untuk menurunkan berat badan disebabkan penglibatannya dalam sukan Muay Thai.
“Bila besar cakap ‘chubby’. Bila kurus kata sakitlah, ambil ‘baranglah’ semua. Aku ada fight Fury Muat Thai 28 Disember ini masuk kategori 73 kilogram (KG).
“Dah lah tak mengikuti jalan cerita aku, tapi memandai buat andaian sendiri.
“Lepas habis berlawan aku naikkan berat badan 77 (kg),” katanya.
Sementara itu, Adam turut meluahkan rasa syukur terhadap peminatnya yang tidak henti memberikan sokongan sepanjang kariernya.
“Apa pun, terima kasih yang mana sokong aku tak kira saiz badan kurus keding atau berisi. Saya sangat hargai semua,”ujarnya.
Semalam, Adam berjaya membawa pulang trofi anugerah pada malam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 bagi kategori Pembantu Filem Popular.
Kemenangan itu sekali gus menewaskan nama-nama besar selebriti lain seperti Aiman Hakim, Amir Ahnaf, Kamal Adli, Nadhir Nasar, Datuk Awie dan ramai lagi.










