Tidak dapat bawa lagu Sayang kerana wujud isu undang-undang - Shae - Utusan Malaysia

Tidak dapat bawa lagu Sayang kerana wujud isu undang-undang – Shae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi dan peserta program Gegar Vaganza 12 (GV12), Shae, terkilan apabila tidak dapat membawakan lagu popularnya, ‘Sayang’ di pentas itu berikutan isu perundangan yang masih belum selesai.

Menurut Shae atau Sheryl Gething, dia sedar lagu tersebut memiliki nilai sentimental yang besar dalam perjalanan kariernya kerana ia merupakan lagu yang melonjakkan namanya di Malaysia dan beberapa negara lain.

“Saya tahu pasti banyak yang bertanyakan sebab memang lagu itu popular di beberapa negara.

“Tapi memang sejujurnya sudah beberapa tahun tidak menyanyikan lagu itu disebabkan masalah undang-undang yang lama.

“Jadi kami berbincang dengan pihak produksi, menjelaskan situasi kami dan mereka berhubung dengan peguam saya.

“Kami berikan beberapa pilihan kepada mereka mungkin boleh merosakkan persembahan atau beri sahaja peluang kepada penyanyi lain namun mereka tetap memberi peluang itu kepada saya,” katanya ketika ditemui usai program berlangsung semalam.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cintaku Tlah Mati Untukmu itu mengakui tidak dapat menahan perasaan apabila memikirkan bahawa dia tidak lagi boleh mempersembahkan lagu yang pernah menjadi titik kejayaannya.

“Isu ini membuatkan saya sangat sedih sebenarnya sebab tak boleh membawakan lagu ini.

“Semua orang tahu lagu itu menaikan karier muzik saya, jadi hakikat tidak boleh membawakan lagu itu seperti akhir karier,” tambahnya.

Selain itu, Sahe juga enggan menjelaskan punca sebenar tindakan undang-undang tersebut dilakukan.

Namun, dia memberi bayangan bahawa perkara itu melibatkan individu perantara yang pernah terbabit dalam pengurusan terdahulu.

“Bukan dengan label, tapi saya boleh katakan perkara ini terjadi kerana orang tengah.Saya minta maaf sebab tak boleh berkongsi lebih lanjut.

“Peguam nasihatkan saya untuk jaga batas bila bercakap tentang hal ini.

“Apapun, saya serahkan segalanya kepada Tuhan kerana ia di luar kuasa saya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN