Konsert GenKRU The Finale: One More Time dihadiri kira-kira 10,000 penonton - Utusan Malaysia

Konsert GenKRU The Finale: One More Time dihadiri kira-kira 10,000 penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Petaling Jaya: Konsert GenKRU The Finale: One More Time yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu nyata membuktikan aura KRU masih berbisa apabila berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 penonton yang memenuhi ruang stadium untuk meraikan perjalanan muzik trio legenda itu.

Dalam persembahan hampir tiga jam, KRU mempersembahkan lebih 20 lagu popular termasuk Oh La La, Emilia, Apa Saja, Negatif, Jangan Lafazkan dan Fanatik. Penonton turut dikejutkan dengan kemunculan kumpulan Rabbani yang mendendangkan lagu hit mereka, Intifada, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh daripada para peminat.

Suasana nostalgia semakin dirasai apabila Juliana Banos membuat kemunculan istimewa selepas lebih 20 tahun menyepi, tampil berduet bersama Edry menerusi lagu romantis Sehidup Semati menghasilkan sebuah momen yang mengubat rindu buat peminat yang membesar dengan karya ikonik mereka.

Konsert itu turut diserikan dengan penampilan kumpulan Elite, selain kemunculan istimewa pempegaruh Leona dan Datuk Seri Vida, menambah variasi dan warna kepada persembahan.

Dalam pada itu, ini merupakan konsert kelima KRU tahun ini, selepas empat penganjuran terdahulu di Axiata Arena. Permintaan luar biasa peminat untuk menyaksikan KRU beraksi di pentas berskala besar menjadi faktor utama penganjuran siri konsert ini diteruskan, sekali gus mencerminkan perkembangan positif industri penganjuran konsert di Malaysia yang semakin rancak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN