Dibayar rendah, kita bukan nyanyi minus one tekan ‘play, terus nyanyi - Caliph Buskers

Dibayar rendah, kita bukan nyanyi minus one tekan ‘play, terus nyanyi – Caliph Buskers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan muzik, Caliph Buskers, mendedahkan mereka sering berdepan dengan isu bayaran tidak setimpal apabila dijemput membuat persembahan di pelbagai acara anjuran pihak tertentu.

Menurut perkongsian di akaun rasmi Threads kumpulan itu, mereka kerap menerima tawaran yang dianggap terlalu rendah meskipun persembahan mereka melibatkan ramai ahli dan penggunaan peralatan muzik lengkap.

“Kalau Caliph, letak RM3,500 ke atas, biasanya mesti kena ‘palau’ dengan penganjur.

“Dengan harga itu pun kami kongsi lapan orang termasuk kru,” jelas mereka.

Tambah mereka, jumlah berkenaan turut mengambil kira pelbagai kos tambahan yang perlu ditanggung termasuk penyediaan peralatan dan perjalanan ke lokasi persembahan.

“Kita bukan main minus one, tekan play terus nyanyi. Kami bawa sendiri gitar, keyboard, bass dan kadangkala perlu cari drum jika penganjur tidak sediakan,” katanya.

Caliph Buskers turut meluahkan rasa kecewa apabila pernah menerima tawaran serendah RM800 bagi persembahan di luar kawasan termasuk di Kedah.

“Dah sampai lokasi, kena setup alat muzik, soundcheck dan uji setiap instrumen satu per satu.

“Semua itu memerlukan masa dan tenaga, tapi masih ada yang tawarkan bayaran begitu rendah,” ujarnya.

Walaupun berdepan cabaran sedemikian, kumpulan berkenaan tetap bersyukur dan tidak pernah patah semangat untuk terus bertahan dalam industri seni tanah air.

“Alhamdulillah, sudah 10 tahun kami bergelar anak seni. Hidup Caliph Buskers tidaklah mewah, tapi rezeki masih mengalir hingga kini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN