Banyak drama Melayu seakan ada unsur tidak senonoh - Isa Khan - Utusan Malaysia

Banyak drama Melayu seakan ada unsur tidak senonoh – Isa Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Isa Khan meluahkan kekecewaannya terhadap arah aliran drama Melayu masa kini yang didakwanya semakin menyimpang dan sarat dengan elemen tidak senonoh semata-mata untuk meraih perhatian penonton.

Menerusi hantaran di platform Threads, Isa menyifatkan kebanyakan karya televisyen kini menampilkan adegan berunsur tidak sesuai untuk tontonan umum.

Malah, pelakon ini menyifatkan ada di antaranya seakan mempunyai kandungan ‘soft porn’ yang mencemarkan nilai moral serta imej agama.

“Drama Melayu sekarang banyak yang tak senonoh. Banyak adegan yang berunsurkan ‘soft porn’ hanya sebab nak naikkan rating, sampai menggadaikan maruah agama.

“Drama TV ni pula untuk tontonan umum, budak-budak kecil pun tengok,” katanya.

Suami kepada pelakon Risteena Munim itu turut mengkritik kecenderungan jalan cerita yang sering memaparkan isu ‘penyondol’ yang disifatkan berulang dan tidak mendidik.

Ia katanya sekali gus menjadi antara faktor penurunan minat masyarakat terhadap televisyen.

Menurut Isa, penghasilan karya seharusnya memberi manfaat dan mendidik masyarakat, bukannya mencemarkan imej agama Islam serta memberi pengaruh negatif khususnya kepada golongan muda.

“Saya harap penggiat seni hasilkan karya yang ada nilai, yang beri manfaat dan kesan positif kepada masyarakat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN