Healing Nite 2026 bawa mesej perpaduan dan penyembuhan emosi melalui muzik - Utusan Malaysia

Healing Nite 2026 bawa mesej perpaduan dan penyembuhan emosi melalui muzik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Konsert berskala besar Healing Nite 2026 bakal menghimpunkan barisan artis ternama dari Malaysia dan Indonesia dalam sebuah pementasan yang bukan sekadar hiburan, tetapi juga simbol penyatuan dan semangat positif buat masyarakat.

Sidang media pelancaran konsert yang diadakan di St. Regis Kuala Lumpur hari ini turut dihadiri Yang Berbahagia Datuk Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bersama kehadiran maskot rasmi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Wira dan Manja.

Dianjurkan oleh Kembar Nusantara, dengan Creative Page selaku penerbit dan Yumeca.Co sebagai rakan strategi pemasaran, Healing Nite 2026 dijadual bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut penganjur, konsert ini diadakan bagi membawa mesej penyembuhan emosi dan semangat perpaduan melalui muzik. Selain menjadi sebagai platform hiburan, ia juga bertujuan bagi menyokong inisiatif syarikat tempatan dalam penganjuran acara berskala besar di negara ini.

Antara barisan artis yang bakal membuat persembahan termasuk Lyodra, Kangen Band, Dayang Nurfaizah, Ella, dan Anuar Zain, dengan Chaan bertindak sebagai pengarah muzik.

Menurut Chaan, mereka juga cuba hadirkan gubahan muzik bertemakan healing, namun tetap dekat dengan penonton dan boleh dinyanyikan bersama.

Tambahan lagi, konsert ini turut memperkenalkan konsep “Healing Tents Experience” di dalam kawasan Stadium Merdeka yang menampilkan aktiviti seperti urutan badan, mani-pedi, lilin aroma dan ruang relaksasi bagi memberi pengalaman yang menyeluruh kepada pengunjung.

Dalam pada itu, sebahagian hasil jualan tiket juga akan disalurkan kepada Tabung Palestin, sebagai tanda solidariti kemanusiaan. Tiket boleh didapati melalui Ticket2U, dengan jualan dijadual dibuka pada Jumaat ini.

Sementara itu, Audi diumumkan sebagai rakan pengangkutan rasmi manakala St. Regis Kuala Lumpur menjadi rakan hotel rasmi bagi konsert berkenaan.

Selain itu, pihak penganjur turut menjangkakan kehadiran lebih 25,000 penonton, menjadikan Healing Nite 2026 antara konsert terbesar yang bakal diadakan di Stadium Merdeka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN