PETALING JAYA: Pelakon, Anzalna Nasir musykil dengan tindakan sesetengah pihak yang mampu hidup tenang selepas menabur fitnah secara keterlaluan terhadap individu lain.
Menurut Anzalna, dia tidak dapat membayangkan kesedihan mangsa yang dianiaya walhal pihak penabur fitnah mampu tidur lena selepas membuat kesilapan yang besar.
“Saya tertanya-tanya bagaimana perasaan mereka yang begitu mudah memfitnah orang lain. Apa rasanya menjatuhkan seseorang tanpa sedikit pun rasa bersalah?
“Saya tertanya-tanya sama ada mereka boleh tidur lena pada waktu malam, sedangkan mereka tahu telah membuat seseorang menangis.
“Bagaimana orang seperti itu boleh hidup dengan diri mereka sendiri? Saya benar-benar tertanya-tanya,” katanya di Threads.
Anzalna bagaimanapun tidak memetik nama mana-mana individu mahupun memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai luahan spontannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut meraih pelbagai respons daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju dengang kenyataan pelakon Memori Cinta Suraya itu.
“Selepas melihat apa yang berlaku baru-baru ini di media sosial, memang benarlah amaran daripada Allah kita sedang menghampiri penghujung dunia,” komen seorang pengguna media sosial.
“Biarkan mereka berkata-kata. Kata-kata mereka lebih banyak mendedahkan siapa diri mereka sebenar daripada siapa yang mereka cuba hancurkan,” kata netizen.
“Sedih sangat. Marilah kita muhasabah diri. Berdosa tau bila kita berkata-kata sampai kecilkan hati saudara kita,” kata seorang lagi netizen.










