Tinggalkan dunia lakonan, saya rasa seperti terkurung - Emma Watson

Tinggalkan dunia lakonan, saya rasa seperti terkurung – Emma Watson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Bintang terkenal filem Harry Potter, Emma Watson, 35, mendedahkan punca sebenar mengapa dirinya mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan ketika berada di puncak populariti.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Jay Shetty Podcast, aktres kelahiran Britain itu mengakui dirinya tidak lagi bahagia dengan kehidupan sebagai selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan dunia.

“Saya sebenarnya tidak begitu gembira. Tekanan untuk sentiasa tampil, beraksi di layar perak dan memenuhi jangkaan orang ramai memberi kesan besar kepada emosi saya.

“Saya berasa seperti terkurung. Saya tidak membuat pilihan yang benar-benar menghidupkan jiwa saya,” katanya.

Emma yang cukup sinonim dengan watak Hermione Granger, menjelaskan walaupun kejayaan besar mengiringi kariernya, secara dalaman dia bagaimanapun terasa seolah-olah sekadar ‘menolak sebuah mesin’ tanpa jiwa dan semangat.

“Lakonan sudah mula dirasakan sebagai kewajipan, bukan lagi satu minat. Pada ketika itu saya sedar saya perlu berhenti seketika,” ujarnya.

Selepas meninggalkan pentas lakonan, jelasnya, dia memilih untuk memberi ruang kepada diri sendiri dengan menulis dan berehat seketika.

“Saya mula menulis, saya mula berfikir tentang apa yang saya mahu dan siapa diri saya. Kesunyian itu membuatkan saya akhirnya dapat mendengar suara hati saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut menyentuh soal perbezaan pandangan masyarakat dan menekankan pentingnya empati dalam suasana dunia yang semakin berpecah-belah.

“Saya berharap mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan saya tetap menyayangi saya, dan saya juga ingin terus menyayangi mereka walaupun tidak sehaluan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN