KUALA LUMPUR: Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal menegur segelintir pengguna media sosial yang dilihat menyindir perkongsiannya di platform Threads sebelum ini.
Menerusi hantaran di laman tersebut, Syasya menegaskan, tidak sepatutnya warganet mudah terasa hanya kerana seseorang itu berkongsi pengalaman peribadi.
“‘Jadi nak kena buat apa dengan cerita ini?’ , ‘Lah, itu pun nak bagi tahu?’
“Tak perlu terasa apabila orang kongsi pengalaman di media sosial. Kalau tak bermanfaat untuk awak, mungkin ia berguna untuk orang lain. Itu namanya berkongsi momen,” katanya.
Kenyataan itu dipercayai sebagai reaksi terhadap komen-komen yang ditinggalkan beberapa pengguna di media sosialnya.l dipercayai merujuk kepada perkongsiannya mengenai doa dan gurauannya terhadap suami baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Syasya berkata, dia tidak bersikap memandai-mandai dalam bab doa kerana perkara itu ada dalam hadis.
“Tentang doa isteri, bukan saya pandai-pandai cakap. Dalam hadis jelas doa seorang isteri untuk suaminya itu mustajab.
“Jadi kenapa nak persoalkan sesuatu yang sudah Allah muliakan?” ujarnya.
Terdahulu, Syasya berkongsi pengalaman peribadi apabila gurauan kasarnya terhadap suami bertukar menjadi kenyataan hingga membuatkan dirinya rasa bersalah.
Jelasnya lagi, sebaik sahaja menyedari doa itu termakbul, dia terus merasa bersalah dan menyifatkan kata-kata seorang isteri memang ‘masin’.
Syasya dalam pada itu mengingatkan kaum isteri agar lebih berhati-hati dalam meluahkan perasaan kerana doa seorang isteri sangat mudah dimakbulkan.